Keadaan sekarang jambatan-jambatan Tujuh Jambatan Königsberg

Peta moden Kaliningrad

Dua daripada tujuh jambatan asal tidak selamat dalam pengeboman Königsberg dalam Perang Dunia Kedua. Dua lagi kemudiannya diruntuhkan dan digantikan dengan lebuh raya moden. Hanya tiga jambatan yang kekal, tetapi dua sahaja daripadanya yang datang dari zaman Euler (satu telah dibina semula pada tahun 1935).[2] Oleh itu, setakat tahun 2000, terdapat lima jambatan di Kaliningrad.

Dari segi teori graf, dua daripada nod kini mempunyai darjah 2, dan dua lagi mempunyai darjah 3. Oleh itu, laluan Euler kini boleh dilakukan. Namun, oleh sebab ia perlu bermula di satu pulau dan berakhir di pulau yang lain, ia tidak praktikal bagi para pelancong.[3]

Universiti Canterbury di Christchurch, New Zealand, telah membina model jambatan-jambatan ini di kawasan rumput di antara bangunan Perpustakaan Sains Fizikal lama dan Bangunan Erskine yang memuatkan Jabatan Matematik, Statistik dan Sains Komputer.[4]

Rujukan

WikiPedia: Tujuh Jambatan Königsberg http://googleresearch.blogspot.com/2009/06/large-s... http://www.jimloy.com/puzz/konigs.htm http://www.nonlinearbiomedphys.com/content/1/1/3 http://www.contracosta.edu/legacycontent/math/koni... http://www.contracosta.edu/math/ http://math.dartmouth.edu/~euler/docs/originals/E0... http://www.math.dartmouth.edu/~euler/pages/E053.ht... http://www.csc.ncsu.edu/faculty/stallmann/SevenBri... http://web.inter.nl.net/users/pauline/Koenigsberg.... http://www.math.canterbury.ac.nz/php/about/